Tuesday, 14 August 2018

Transfer CAT ke ACCA.

Assalamualaikum gaisss.

Dah lama aku tak update blog aku ni sebab BUSY... tetttttt.. padahal malas tahap gaban.

OKAY! So skrang ni, aku dah complete semua paper CAT within 1 year kat KUPTM KL. Akhir bulan 10 ni ada convo untuk CAT students. Alhamdulillah.. Btw, skrang ni duration CAT kat
KUPTM dah tukar jadi one year and half. Tetttttt.
So sekarang untuk ACCA, aku pilih untuk self-study. Why? sebab aku tgh tunggu panggilan iv untuk kerja as account assistant, kos murah, boleh mengunyah sambil belajar. tetttttt. dan byk lagi sbbnya.
So sekarang aku ada lagi 10 papers nak kena completekan within 3 years (target aku) tapi ACCA bagi masa 10 years...

Mehh aku citer sikit pasal paper CAT. Mana la tau ada yg tak tau lagi. For those yg amek CAT, korang kena complete kan 9 papers. Alaaaa, kacang je CAT ni. Semua benda basic korang akan blajar time CAT. Jgn main2 macam aku!  Klau basic korang tak kuat, korang akan terpinga2 aka blur masa naik ACCA sbb bagi aku ACCA punya papers is more more more challenging.

Kat blog aku yg 1st aku dah citer detail pasal CAT, so jgn jadi pemalas untuk baca. Kat situ korang akan lebih paham untuk apa aku citer kat bawah ni.

So masa aku kat KUPTM, sem 1 aku kena amek subjek
FA1
MA1
FA2
MA2
FAB/F1
PENGAJIAN MALAYSIA
PENGAJIAN ISLAM
STUDY SKILL

Sem 2 pulak 
FFA
FMA
FTX
FFM
FAU

Yang aku bold kan tu, korang kena pilih 2 sahaja dan ianya paper-based exam. TAK PAYAH NGADA2 NAK AMEK TIGA2!. Aku pilih FTX dgn FFM sbb pass rate untuk FAU rendah dan sbb kat KUPTM mmg kene amek FTX FFM je.tetttttt. Nak amek FAU? G kolej lain!

Aku rasa dah cukup kot. Aku dah penat. Nak tido. BYE!

ASSALAMUALAIKUM.

ehh.. Lagi 1, klau nak tanya apa2,  komen je kat bawah. InsyaAllah aku balas secepat mungkin.
TATAA~~~~




Monday, 1 January 2018

Apa itu ACCA? Profesional Accounting

Assalamualaikum gaiss. Dah lama tak update. Baru sekarang ada masa terluang sikit (cehh. Padahal banyak je masa terluang,, cuma malas je. Hahahahahaha) ..
...
Alhamdulillah. Sekarang aku dah pass 3 papers iaitu FA2,MA2 & FAB. Agak mencabar jugak la walaupun 3 je..Heheheheh 
...
Jadi untuk harini punya cerita,, pasal ACCA pulak. Previous blog aku dah cerita pasal CAT
...

Apa itu acca??? 
...
Association of Chartered Certified Accountant(ACCA) adalah sebuah badan perakaunan professional global yang beribu pejabat di London. ACCA. Dengan motto "The global body for professional accountants", ACCA berfungsi sebagai platform yang memberi latihan kepada pelajar perakaunan dan menawarkan sijil kelayakan atau gelaran Akauntan Bertauliah ataupun Chartered Acountant.Pada hari ini, ACCA diiktiraf oleh 180 buah negara termasuk Malaysia. ACCA telah mempunyai 170,000 ahli dan 436,000 penuntut di seluruh dunia. Pemegang gelaran Chartered Accountant ini adalah high demanded dan dipandang tinggi oleh kebanyakan syarikat di seluruh dunia serta diberi keutamaan untuk mendapatkan pekerjaan atau jawatan sebagai pengurus kewangan di dalam sesebuah syarikat.

...


Okay gaiss, gambar atas ni adalah bilangan paper yg korang kene amek bila sambung ACCA. Nampak macam sikit tapi content dalam setiap bab tu banyak gila nak mam***.haha

Ni soalan yg aku predict akan ditanya. 

1)ACCA ni susah tak? 

-Hmm..Walaupun taknak cakap,tapi kene cakap jugak. ACCA ni sgt lah tough. So untuk yg nak amek ACCA ni kena bersiap sedia dgn mental fizikal yg kuat. Walaupun aku baru ambil 1 je paper ACCA iaitu FAB/F1. Tu pun dikira susah bagi aku. Banyak teori untuk subjek ni. Tettttt. Tapi Alhamdulillah aku lulus.
-Tapi jgn risau,ACCA ni susah tapi high demand dlm pekerjaan, gaji pun masyuk bhaii, nak kerja overseas pon boleh.

2)IPTA/S yg mana ada tawarkan ACCA ni. 

-Buat setakat ni, IPTA yg tawarkan hanyalah UITM Shah Alam. Tu pun ibarat org2 yg terpilih je dpt masuk. 
-Untuk IPTS ,byk je yg tawarkan,mcm KUPTM(tempat aku), sunway university, kasturi 

Tu je kot yg aku boleh kongsikan buat setakat ni. Hehe. Harap2 ni sedikit sebanyak dpt bantu korang. Salah silap mohon betulkan.Terima kasih sbb sudi baca.