Monday, 1 January 2018

Apa itu ACCA? Profesional Accounting

Assalamualaikum gaiss. Dah lama tak update. Baru sekarang ada masa terluang sikit (cehh. Padahal banyak je masa terluang,, cuma malas je. Hahahahahaha) ..
...
Alhamdulillah. Sekarang aku dah pass 3 papers iaitu FA2,MA2 & FAB. Agak mencabar jugak la walaupun 3 je..Heheheheh 
...
Jadi untuk harini punya cerita,, pasal ACCA pulak. Previous blog aku dah cerita pasal CAT
...

Apa itu acca??? 
...
Association of Chartered Certified Accountant(ACCA) adalah sebuah badan perakaunan professional global yang beribu pejabat di London. ACCA. Dengan motto "The global body for professional accountants", ACCA berfungsi sebagai platform yang memberi latihan kepada pelajar perakaunan dan menawarkan sijil kelayakan atau gelaran Akauntan Bertauliah ataupun Chartered Acountant.Pada hari ini, ACCA diiktiraf oleh 180 buah negara termasuk Malaysia. ACCA telah mempunyai 170,000 ahli dan 436,000 penuntut di seluruh dunia. Pemegang gelaran Chartered Accountant ini adalah high demanded dan dipandang tinggi oleh kebanyakan syarikat di seluruh dunia serta diberi keutamaan untuk mendapatkan pekerjaan atau jawatan sebagai pengurus kewangan di dalam sesebuah syarikat.

...


Okay gaiss, gambar atas ni adalah bilangan paper yg korang kene amek bila sambung ACCA. Nampak macam sikit tapi content dalam setiap bab tu banyak gila nak mam***.haha

Ni soalan yg aku predict akan ditanya. 

1)ACCA ni susah tak? 

-Hmm..Walaupun taknak cakap,tapi kene cakap jugak. ACCA ni sgt lah tough. So untuk yg nak amek ACCA ni kena bersiap sedia dgn mental fizikal yg kuat. Walaupun aku baru ambil 1 je paper ACCA iaitu FAB/F1. Tu pun dikira susah bagi aku. Banyak teori untuk subjek ni. Tettttt. Tapi Alhamdulillah aku lulus.
-Tapi jgn risau,ACCA ni susah tapi high demand dlm pekerjaan, gaji pun masyuk bhaii, nak kerja overseas pon boleh.

2)IPTA/S yg mana ada tawarkan ACCA ni. 

-Buat setakat ni, IPTA yg tawarkan hanyalah UITM Shah Alam. Tu pun ibarat org2 yg terpilih je dpt masuk. 
-Untuk IPTS ,byk je yg tawarkan,mcm KUPTM(tempat aku), sunway university, kasturi 

Tu je kot yg aku boleh kongsikan buat setakat ni. Hehe. Harap2 ni sedikit sebanyak dpt bantu korang. Salah silap mohon betulkan.Terima kasih sbb sudi baca.

Tuesday, 31 October 2017

Assalamualaikum ladies and gentleman 
Uishhh, berdebar jantung aku.. Ehh knp pulak berdebar? Gila tak berdebar. First blog kot 😂
...
Sory sbb guna bahasa wechat. 
Malas nak taip pepanjang
So harini aku nak sharekan pasal course yg aku tgh amek skrang kat Kolej Universiti Poly-Tech MARA(KUPTM) iaitu Certified Accounting Technician CAT ataupun nama lain dia Foundation In Accountancy FIA.. CAT ni adalah short route untuk yg nak amek ACCA (profesional certificate) 
Nahh.. Gambar ni aku curi kat mana ntah. Haha

Course ni aku amek kat KUPTM selama setahun je(dulu senior setahun setengah) ..aku batch ke-2 yg amek setahun(dan jadual pack gila nak mam***)

So for this course.. Korang kene amek 9 papers iaitu
... 
7 papers wajib (CBE) 
FA1  Recording Financial Transactions
MA1  Management Information
FA2  Maintaining Financial Records
MA2  Managing Costs & Finance
FAB  Accountant in Business
FMA  Management Accounting
FFA  Financial Accounting

Choose 2 papers (PBE) 
FAU  Foundations in Audit
FTX  Foundations in Taxation
FFM  Foundations in Financial Management
...
For those yg amek accounting masa SPM (A-, A, A+) akan dapat exemption untuk FA1..Maksudnya korang dah tak payah bayar dan sit for the exam but tetap kena hadirkan diri dalam class FA1☺
...
CAT/FIA ni, dia tak guna pointer. Dia guna %..Then dia takde carry mark..100% on final
...
50 and above -PASS
Below 49-FAIL
...

Apa jadi kalau FAIL? Kena bayar balik paper fail tu dan sit for the exam again (bukan murah bhaiii..1 paper rm410 sbb matawang £ tukar rm 😭) 

Korang nampak tak yg aku tulis CBE dgn PBE.. Haaa, mesti korang tertanya. 
...
CBE ialah Computer Based Exam
Haaa.. Amek ko.. CBE ni mcm exam lesen memandu tu. Tak sempat nak cuak, result terus terpampang kat screen computer dan diprint.. Pastu dah boleh frame, then gantung! (Kalau pass la,, hihi) 
...
PBE pulak ialah Paper Based Exam
Yg ni korang kene jawab mcm masa korang SPM. Dah siap.. Haa! Tunggu la result dlm masa sebulan.. Then ACCA akan hantar result by email dgn amende ntah.. Tak tau sbb skrang ni baru amek MA2,FA2 dgn FAB

Then lepas PBE dah boleh Convo then sambung blajar ACCA.

So for the next entry, aku akan cerita pulak pasal ACCA, pinjaman/biasiswa, tuition provider, self study dan lain2 yg aku tau(kalau sempat la) 

Psstt-Kenapa aku buat blog ni? Sbb masa aku nak amek course ni, tak banyak blog yg ada cerita pasal benda ala ni.. Dan aku terkial-kial mcm orang bodoh pandai..Klau ada salah silap mohon betulkan.. 

😉 Aku doakan untuk budak SPM 2017 semoga dapat jawab soalan dgn baik dan dpt result cemerlang InsyaAllah